Tekanan ataupun kemurungan adalah penyakit psikologi melibatkan perasaan yang tidak boleh dibuat main-main! Ada juga mengambil jalan mudah dengan membunuh diri bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Inilah berlaku kepada seorang ibu yang dikatakan mengalami tekanan perasaan setelah pelbagai masalah menimpa dirinya!
Menerusi satu perkongsian di Facebook, video wanita tersebut menjadi tular apabila dikatakan ingin membunuh diri bersama dua orang anaknya di Batu Pahat, Johor Bahru pada petang semalam.
Menurut sumber, kereta yang dipandu mangsa dikatakan berhenti di lorong motosikal sehingga menghalang laluan dan menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Mangsa yang juga bekerja sebagai pembantu makmal di SMK Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Johor itu mengalami tekanan perasaan disebabkan tidak dapat menghubungi suaminya sejak tengahari kerana menutup telefonnya.
Lebih memburukan keadaan, mangsa juga dimarahi oleh pengetua sekolah dengan menggunakan perkataan ‘useless girl’ (perempuan tak guna) melalui telefon kerana memohon untuk menyambung cutinya selama satu hari lagi.
Bukan itu sahaja, pasangan keluarga itu juga mengalami masalah kewangan disebabkan suaminya sudah tidak bekerja akibat kemalangan sejak tujuh bulan lalu.
Disebabkan perkara itu, mereka sekeluarga dihalau oleh pemilik rumah sewa kerana gagal membayar tunggakan sewa selama dua bulan.
Walau bagaimanapun, mangsa mengakui tiada niat untuk membunuh diri kerana masih mempunyai dua orang cahaya mata yang masih kecil dan hanya berdiri di atas jambatan akibat buntu serta berharap suaminya datang ke situ.
Mangsa juga dinasihati pulang berjumpa ahli keluarga kerana keadaannya yang masih kurang stabil dan akan dipanggil semula untuk keterangan lanjut.
Sumber : HyperViralMedia


